ASSALAMUALAIKUM...
ari tok rasa nak kakar hal cinta cintun..tetiba jak..sik da papa..cinta ya bukan lah the only one yang penting dalam hidup tok..p without cinta, hdup rasa kosong....rasa hambar..rasa sik best lah..cinta ya bukan nya nampak pun..nya dalam hati...yang orang sik akan tauk gne banyak nya..p kita dapat rasa..
teringat sigek quotes lah konok nya tek..
cinta ngan bunga, bunga akan layu..
cinta ngan manusia, manusia akan mati..
cinta ngan Allah jak yang kekal abadi..nang benar bah..
Sik kesah lah kita tok Islam or bukan Islam, asal kita percayak dengan adanya tuhan disisi kita,insyaallah hidup kita tenang..
nak debah ya bacakan lah..renung2kan dan selamat beramal...
Cinta Satu: Cinta Allah
Cinta kepada Allah cinta yang utama. Bercinta dalam ertikata TAQWA. Cinta-cinta yang lain hendaklah berpaksikan kepada cinta yang pertama ini. Cintanya seorang suami kepada isterinya, mestilah berpaksikan cintanya kepada Allah. Jika tidak, si isteri boleh menjadi punca suami ke neraka dan begitulah sebaliknya.
Pada hari itu teman-teman akrab setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang perhubungannya berdasarkan Taqwa [al-Dzukhruf 43: 67]
Si isteri boleh mendakwa si suami, kawan berubah menjadi lawan; semuanya kerana perhubungan tidak berasaskan taqwa.
TAQWA itu bak kata pak khatib imam sembahyang Jumaat di masjid-masjid kita, menunaikan segala perintah-Nya, dan meninggalkan segala larangan-Nya. Namun apakah malang masyarakat kita sekarang ini, yang haram itu sering dikatakan Halal, yang Halal itu pula, diharamkan olehnya.
Cinta Dua: Cinta Rasulullah
Dari Anas Bin Malik Katanya:Rasulullah S.A.W bersabda:"Tidak sempurna Iman seseorang Kamu sehinggalah dia mencintai diriKu lebih dari kecintaannya kepada anaknya,bapanya dan sekalian manusia". HR. Bukhari dan Muslim.
Cinta kepada Rasulullah hendaklah melebihi segala cinta kita kepada manusia yang lain. Bercinta dengan mengamalkan segala perintah Baginda, dan meninggalkan segala larangan Baginda. Sunnah-sunnah yang boleh dituruti jangan ditinggalkan; supaya dekat diri kita dengan Rasulullah di padang Mahsyar kelak.
Jangan dijumudkan pemikiran kita dengan konsep cinta Rasulullah ala-ala 1Malaysia. Cinta Rasulullah bukan setakat berarak di Putrajaya dengan tujuan hendak memenangi pertandingan, bukan setakat berselawat dengan berpakaian seragam; cinta Rasulullah lebih daripada itu. Mendalami al-Quran dan Hadis mungkin jalannya; ayuh, mari kita usaha! Bercinta dengan Rasulullah, biar membawa ke syurga!
Cinta Tiga: Cinta Ibu Bapa
Syurga itu dibawah telapak kaki ibu.
Ibu. Mengalir air matanya beberapa kali kerana terluka dengan karenah anaknya, namun seringkali didiamkan sahaja. Ibu dewasa kini dijadikan hamba, orang gaji percuma untuk menjaga cucu-cucunya. Ibu ditipu anak-anaknya; kata anak, ibuku kolot, barangkali ibu akan faham. Ibu diam seribu bahasa, doanya mustajab. Andai ibu mendoakan kecelakaan anaknya, anaknya pasti akan merana. Namun, ibu tetap mendoakan kesejahteraan anak-anaknya. Ibu tidak mahu anak-anaknya ke neraka. Cinta ibu, biar sampai ke syurga.
(AKU PALING SIK SUKA ORANG NYURUH MAK NYA JAGA ANAK NYA FREE OF CHARGE EH..AKU KESIAN..NGENANG MAK BAPAK KITA D POLAH MCM ORG GAJI JAGA ANAK KITA DARI PAGI SAMPEI KE MALAM BARUK BALIT..CDAK DAH TUA BAH..MUN PUN NAK MINTAK TOLONG SIDAK JAGA, PA LAH SALAHNYA HJG BULAN HULURKAN RM KEPADA MEREKA SEBANYAK YANG BOLEH..MINTAK MAAP MUN ADA YANG TERASA..CUMA PENDAPAT PERIBADI)
Ayah. Ayah tidak banyak berkata-kata. Andai ada yang ayah tidak suka, ayah cerita kepada ibu. Ibulah yang akan menegur anaknya. Ayah bukannya apa, cuma ayah rasa, ayah tidak pandai bergaul dengan anak-anaknya.
Anak-anak ayah guna kereta besar-besar. Ayah pula masih setia dengan motor Honda Cup-nya. Kadang-kadang cucu ayah bising, kata mereka, rumah ayah buruk! Ayah hiba. Rumah itu dibina hasil titik peluh usaha ayah sendiri. Hasil halal kerja ayah. Tapi bila ayah dengar cucu ayah kata rumah ayah buruk, ayah terus mengupah kontraktor supaya dicantikkan rumah ayah yang buruk itu. Duit kata ayah, boleh dicari.
Sayang ayah kepada anak-anaknya tiada tolok bandingnya, cuma ayah tidak pandai hendak menzahirkannya. Cinta ayah seperti mana cinta ibu, biarlah sampai ke syurga.
Cinta Empat: Cinta Sahabat
Cinta kepada sahabat, biarlah semata-mata kerana cinta kita kepada Allah. Kata Melayu kita, Ukhuwah Fillah Abadan Abada. Cinta kita kepada sahabat, tegur-tegurkan kesalahannya. Jangan biarkan dirinya bergelumang dengan dosa. Andai sahabat tidak solat, ajaklah dia bersolat. Andai sahabat tidak menutup aurat, serulah dia menutup aurat. Rajin-rajinkan diri kita mendoakan dirinya (disamping diri kita) agar dikurniakan hidayah.
Moga cinta kepada sahabat kita tadi, membawa ke syurga.
(KMK PUN HARAP, CINTA KITA SAHABAT2 BLOGGER AND READER TOK BIARLAH SAMPAI KE SYURGA..BUKAN SENANG NAK CARIK SAHABAT SUSAH SENANG SAMA KO..)
Cinta Lima: Cinta Masyarakat.
Sayangkan masyarakat kita, jangan dibiar masyarakat kita terpesong daripada Islam dan cara hidupnya. Cinta masyarakat mengajar kita, dalam sesetengah perkara, janganlah semua benda dikatakan 'menjaga tepi kain orang'.
Menegur anak jiran yang tidak solat dan membawa pulang anak gadis orang, bukanlah menjaga tepi kain orang. Teguran itu manifestasi cinta kita kepada masyarakat kita. Cintakan masyarakat, biar membawa ke syurga.
Cinta Enam: Cinta Aweks/Pakweks?
Sudah, kalau sudah berkenan; tak payah nak couple-couple lagi dah. Buat susah je. Serius. Kalaulah betul berkenan, kumpulkan usaha, pergi masuk meminang. Senang, habis cerita. Kita bercinta, biar ke syurga; jangan pula membawa ke neraka!
Wallahua'lam.
kredit to blogger resaberz..kmk cilok tok dari nya..hehe.
p/s; aok, kmk bukan lah alim glak pun..p at least kmk maok nak memperbaiki dirik dari semasa ke semasa..insyaallah...kitak??bila agik??
- mun kitak org ada laki kah bini kah, sik boh malu2 padah ngan sidak yang kitak org sayangkan mereka..kinek tok agik bgs padah..lak lupak..
-mun nak madah ngan gerek pun sik pa juak..hehe..
-mak n ayah sik boh d lupakan..balit lak, padah ngan mak.."mek rindu ngan sayang kitak mak"..mun malu, sms..mun malu juak, balit lak berik jak hadiah ngan mak n bapak...sik mahal pun sik pa..yang penting..INGATAN..
till then..bye.